Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dunia Gesa Google Letakkan Semula Palestin Dalam Google Map, 187,710 Sudah Tandatangan Petisyen Online

9 Ogo 2016


9 Ogos - Orang ramai di seluruh dunia kini sedang menandatangani satu petisyen yang telah dilancarkan di Change.org untuk menggesa Google meletakkan kembali negara Palestin di dalam servis Google Mapnya setelah ia diganti dengan nama Israel.


Difahamkan, petisyen yang diberi tajuk "GOOGLE: Put Palestine On Your Maps!" itu sudah dilancarkan lima bulan yang lalu namun mula mendapat perhatian dunia apabila perkara itu menjadi viral di media sosial setelah seorang jurnalis Palestin memulakan kempen atas talian untuk menggesa Google meletakkan semula nama Palestin semula.

Setakat ini, seramai 187,710 orang telah menandatangani petisyen yang menyasarkan target sebanyak 200,000 orang.

Screenshot dari Change.org


Selain di Change.org, netizen seluruh dunia turut mengecam tindakan Google itu di laman Twitter dengan menggunakan hashtag #PalestineIsHere.

Malah, netizen juga turut mempersoalkan perkara itu di akaun rasmi Google di Twitter dan juga Facebook.


Sumber : Change.orgRt.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "