Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor di Syria Terkejut Orang Ramai Terkejut Lihat Video Viral Omran

21 Ogo 2016

Syria, 21 Ogos - Doktor di Syria menyatakan perasaan terkejut mereka susulan viral video seorang budak lelaki di Aleppo, Omran, yang kelihatan sugul selepas kediaman mereka musnah akibat serangan udara baru-baru ini.

Wartawan ABC.net, Sophie McNeill, berkata, doktor-doktor itu berkata sedemikian ketika berbalas mesej di satu kumpulan whatsapp.

Menurut mereka, serangan dan kejadian seperti yang dirakam oleh video viral Omran itu berlaku setiap hari.

Menurut Sophie, doktor-doktor itu turut menghantar gambar-gambar keadaan di Aleppo yang ngeri sehinggakan wartawan di dalam kumpulan whatsapp itu tidak sanggup meletakkannya di dalam artikel mereka.

Sophie kemudian memuat naik video Omran di laman Twitter dan Facebook ABC sehinggakan video itu ditonton lebih 14 juta kali.

Doktor Terkejut dengan Viral

Sophie turut berkata, doktor di Aleppo masih hairan bagaimana video Omran boleh menjadi viral sedemikian rupa.

"Mereka melihat keadaan seperti dalam gambar Omran berdozen-dozen setiap hari. Jujurnya, saya terkejut dengan kejutan (viral video Omran)", kata Dr. Zaher Sahloul, pengerusi Syrian American Medical Society (SAMS), sebuah NGO yang membantu menyalurkan bantuan kepada doktor di dalam Aleppo.

"Kita dah lihat banyak gambar krisis di Syria yang jadi viral. Gambar kanak-kanak yang kebuluran sehingga mati, gambar Aylan Kurdi yang lemas di dalam laut

"Reaksi kita biasanya kita melihat pada gambar itu, tweet, retweet dan mungkin tulis sesuatu mengenainya di blog.

Dr. Sahloul menambah kanak-kanak di Syria bukannya 'anak-anak patung untuk ditangisi seketika dan berlalu pergi'.

Tambah beliau, jika anda sedih melihat video itu, buatlah sesuatu tentangnya.

"Apa yang berlaku di Syria ini adalah krisis kemanusiaan terburuk dalam kehidupan kita secara kolektifnya

"Jadi tidak kira anda hidup di Australia, atau hidup di Amerika Syarikat, anda bertanggungjawab untuk menamatkan krisis ini.", kata beliau.

Sumber : ABC.net.au
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "