Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ada Haiwan Dalam Ni" - Lelaki Terperangkap Dalam Tangki Tandas Selama Sejam Selepas Cuba Selamatkan Telefon Rakan

28 Ogo 2016

28 Ogos - Seorang lelaki di Norway terpaksa diselamatkan selepas tersangkut di dalam  tangki sebuah tandas di sini.

Cato Berntsen Larsen pada mulanya dengan bersemangat memasuki tandas awam di Darmmen, dekat Oslo, itu selepas seorang rakan meminta bantuannya untuk mengambil telefon.

Bagaimanapun, Larsen tidak dapat keluar dari tandas itu.

"Nampaknya saya cukup kurus untuk masuk ke dalam, tapi tak cukup kurus untuk keluar. Saya berada di dalam itu selama satu jam, dan ianya sangat menjijikkan", kata Larsen kepada akhbar tempatan, Drammens Titende.

Difahamkan, tandas awam itu tidak bersambung dengan sistem pembentungan. Ianya satu tandas stail lama dengan satu tangki besar di bahagian bawah tempat duduknya.

Menurut portal VG, mereka sempat bertemu Larsen di luar bilik kecemasan di Drammen.

"Ianya sangat menjijikkan. Ini perkara paling buruk pernah saya alami. Ada haiwan di bawah itu. Saya tak akan masuk tandas lagi selepas ini. Sekarang badan saya sakit dan saya akan balik rumah untuk berehat", katanya kepada VG.

Larsen menceritakan, pada mulanya seorang rakan memberitahu bahawa telefonnya terjatuh ke dalam tandas itu ketika menggunakannya. Larsen kemudian bersetuju untuk masuk ke dalam tandas itu memandangkan dia adalah yang paling kurus.

Beberapa saat selepas itu, dia berjaya sampai ke bahagian paling bawah tangki tandas tersebut, sudah tentu dalam keadaan najis penuh melekat di badannya.



"Saya panik. Saya tidak suka tempat terkurung. Sangat sukar untuk bergerak ketika itu", katanya kepada VG.

Rakan kepada Larsen kemudian meminta bantuan pihak kecemasan.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada 07:58 AM, mengenai seorang lelaki yang terperangkap dalam tangki tandas. Kami hantar sebuah jentera bomba dengan empat anggota ke kawasan itu. Anggota terpaksa memecahkan tandas tersebut. Ianya kini tidak dapat digunakan", kata  Kristin Rødnes dari pusat Kecemasan.

Larsen kemudian dihantar ke bilik kecemasan dan meneirma rawatan antibiotik.

Tandas itu terpaksa di pecahkan

Pihak berkuasa tempatan berkata ini adalah kejadian pertama melibatkan orang jatuh ke dalam tangki tandas itu, sejak ia dipasang pada 1990-an.

"Tangki itu biasanya dikosongkan sekali setahun. Insiden ini sangat menyedihkan. Biasanya, sangat susah untuk jatuh ke dalam tandas itu", katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "