Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Hancurkan Baju Melayu Tradisional - Tegur Jaafar Onn Berikutan Trend Baju Kurta Yang Semakin Popular

3 Jul 2016


3 Julai - Tidak salah jika dikatakan, hari raya Aidilfitri pada tahun ini akan dihiasi dengan pemakaian kurta dalam kalangan kaum adam di Malaysia.

Ini boleh dilihat apabila banyak baju tersebut dijual di tepi-tepi jalan mahupun secara online. Malah, ada juga designer dari Malaysia yang mencipta sendiri kurta untuk dijual khas sempena hari raya pada tahun ini.

Risau dengan perubahan trend dari pakaian tradisional ke kurta itu, selebriti tempatan, Jaafar Onn tampil berkongsi pendapatnya mengenai perkara itu.

Berikut adalah teguran dari Jaafar Onn berikutan peningkatan kepopularan kurta di Malaysia pada masa kini :

Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya india..Di ketengahkan saperti menyambut raya india...
Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sbb tak mahu pakai songkok dan sampin...Jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok..
Sudah lah pakai jean ketat dan tidak bersongkok..Lama kelamaan terhakis budaya yg di rusakkan olih generasi muda yg dan pereka pakaian memperkenalkan kurta d hari yg mulia....
Fikir2kan.....Sebelum budaya india jadi viral dihari yg mulia.....
Bagi mereka yang pakai baju melayu...Bersamping tapi tak pakai songkok..Satu lagi...Membuat saya meluat konon nak tunjuk rambut..Tapi ini merusak budaya.

Mungkin ada benarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Jaafar Onn. Jika golongan-golongan muda tidak dibiasakan dengan pakaian tradisional; iaitu baju melayu yang lengkap bersampin dan bersongkok; mungkin suatu hari nanti baju itu cuma tinggal perkataan di dalam buku teks sejarah. - Siakapkeli.my

Sumber : Jaafar Onn
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Eidul Fitr tidak akan hancur disebabkan kurta.
    maafkan saya kerana berpendapat berbeza.
    -
    saya mohon tuan-tuan sekalian bezakan Melayu dan Islam.
    Melayu ialah bangsa, Islam adalah agama.
    Islam tak semestinya Melayu, ada Cina Muslim, ada India Muslim, ada Mat Salleh Muslim, ada Sabahan & Sarawakian Muslim.
    adakah mereka semua perlu menjadi orang Islam atau orang Melayu?
    -
    Budaya tidak akan membawa sebarang masalah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
    -
    Sekali lagi saya mohon tuan-tuan dan puan-puan tolonglah bezakan Islam dan Melayu.
    -
    Makmurlah saudara Cina Muslim!
    Makmurlah saudara India Muslim!
    Makmurlah saudara Melayu Muslim!
    -
    Soalan tambahan, kalau raya ni pakai Jubah & Serban pun dikira "merosakkan" budaya Melayu kah?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "