Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Zukie Tampil Lagi Dengan Video Parodi Baru, Kali Ini Iklan TVC Toshiba Jadi Mangsa

16 Jul 2016
No Comment


Bagi yang belum tahu, minggu ini merupakan minggu terakhir buat orang ramai untuk menyertai pertandingan Tonton dan Menang anjuran Toshiba Malaysia.

Pertandingan yang dibuat bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya Aidilfitri menerusi kempen 'Tak Payah lah Drama! Raya Kan Mudah Dengan Toshiba' itu akan berakhir pada 18 Julai ini.

Sempena pertandingan itu juga, viner terkenal, Zukie, turut sama menghangatkan pertandingan tersebut dengan membuat satu video parodi yang kemudian dimuat naik di laman media sosialnya.

Video yang diparodikan oleh Zukie itu berdasarkan video sebenar pertandingan itu dari Toshiba Malaysia.


Seperti video-video parodinya sebelum ini, Zukie seperti biasa, mencuit hati penonton dengan lawak-lawaknya yang bersahaja.



Cara sertai pertandingan Tonton & Menang Toshiba

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Tonton dan Menang Toshiba boleh mengikuti langkah-langkah dibawah :

1 - Ikuti pautan ke laman pertandingan ini dan ikut arahan yang diberikan.
2 - Tonton video yang diberikan dan jawab dua soalan mudah.
3 - Kongsi tentang pertandingan ini dan ajak rakan-rakan untuk turut sertai
4 - Nama pemenang akan diumumkan di Facebook Toshiba Malaysia.

Pemenang akan menerima barangan elektrik terpilih oleh Toshiba.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "