Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa

19 Jun 2016


PETALING JAYA, 19 Jun: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa untuk individu yang bergelar bapa atas segala pengorbanan dan ketekunan mereka mencari rezeki untuk keluarga masing-masing.

Sultan Ibrahim berkongsi perkara itu menerusi satu posting di Facebook "Sultan Ibrahim Sultan Iskandar".

"Hari ini, 19hb Jun 2016, adalah Hari Bapa.

"Saya juga, sebagai seorang bapa, sangat mengerti bahawa tanggungjawab kita sebagai bapa adalah peranan paling penting dalam kehidupan kita.

"Ini kerana anak-anak kita menjadikan kita, bapa mereka, sebagai contoh, dan gaya mereka mencorakkan kehidupan mereka mencerminkan pengaruh dan perlakuan kita," titah baginda.

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut menyeru agar setiap bapa senantiasa berada di samping anak-anak mereka.

"Semoga anda sentiasa memberi contoh yang baik buat anak-anak anda, dan kekal berada di samping mereka pada ketika mereka amat memerlukan anda.

"Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua para bapa sekalian," titahnya.

Bersama posting terbabit, Sultan Ibrahim turut berkongsi beberapa keping gambar. Salah satunya adalah gambar kenangan bersama Almarhum Ayahanda baginda, Almarhun Sultan Iskandar Sultan Ismail yang sedang mengucup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika masih kecil.

Gambar hitam putih itu turut mengembalikan nostalgia buat seluruh bangsa Johor terhadap Almarhum Sultan Iskandar.

 Sumber : mStar Onlineofficialsultanibrahim
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "