Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Budak 'Dicium' Cicak Tokek Jadi Viral

19 Jun 2016

Thailand: Seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila bibirnya digigit oleh cicak tokek.

Gambar kejadian mula di muat naik di media sosial dan ia mula menjadi viral hasil dari perkongsian page dari Thailand, กู้ภัยวังเหนือ จ.ลำปาง (Volunteer Rescue Club, Wangnua, Lampang), sebuah page untuk wilayah Lampang, Wangnua, Thailand dengan lebih dari 42,000 perkongsian sejak ia mula tersebar 16 Jun lalu.

Namun lokasi tepat kejadian tidak dinyatakan di dalam posting itu.

Menurut portal berita Thailand, WorkpointNews, mereka kini dalam proses mencari maklumat tentang gambar itu.





Di bahagian komen media sosial, pelbagai cadangan diberikan oleh netizen sebagai cara untuk melepaskan cicak itu.

Hartley Bay Dong memberitahu, "Orang dulu-dulu kata, kalau digigit cicak, tuggu bunyi guruh. tau ambil zink dan baling kuat-kuat. Ia akan berbunyi seperti guruh dan cicak itu akan lepaskan diri."

Indy pula menulis "Saya pernah di serang cicak dan ia menggigit baju saya. Ianya sangat kuat sehinggakan saya terpaska memotong baju itu.

Sejak ia dikongsikan pada 16 Jun lalu, gambar itu menerima 85,000 likes, 42,000 perkongsian dan 15,000 komen. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "