Penunggang motosikal yang mengambil tindakan undang-undang sendiri seperti merosakkan 'side mirror' kereta yang menggunakan laluan kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, lapor New Straits Times.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan, tidak kira walaupun dengan niat mereka untuk sebagai pengajaran kepada pemandu itu dari menggunakan laluan kecemasan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada video yang menjadi viral di laman sosial di mana penunggang motosikal menerajang patah cermin sisi kereta yang menggunakan laluan kecemasan semasa berlaku kesesakan lalu lintas.
"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya.
Video berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen menyokong tindakan berkenaan untuk 'mengajar' sesetangah pemandu supaya tidak mementingkan diri sendiri. - Siakapkeli.my
kalau motor xbole guna laluan tersebut bermakna kami pun kena menyabung nyawa melalui jalan tgah seperti kenderaan 4 tayar jugak la yea?
BalasPadam