Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Restoran Di Korea: 'Rukhsah Hanya Digunapakai Ketika Keadaan Betul-Betul Darurat' - Ustaz Syed Kadir

22 Jun 2016
No Comment

Sebelum ini menjadi viral di laman sosial Facebook kisah sebuah restoran di Korea Selatan yang dikatakan menjadi restoran pilihan rakyat Malaysia untuk menjamu selera tidak kiralah melancong atau yang tinggal di sana.

Seorang pelajar bernama Bella Azemi telah mendedahkan perihal restoran Gosami 고삼이, Griled Fish Sinchon, Seoul berkenaan di aman menurut Bella restoran berkenaan menyediakan makanan tidak halal iaitu babi.


Menurut Bella, restoran berkenaan tersangatlah 'famous' bagi masyarakat Islam Malaysia yang melawat korea sampaikan artis Malaysia pun makan di situ.

Hasil kaji selidik yang dilakukannya ternyata restoran berkenaan menyediakan masakan berasaskan babi, tetapi apabila di beritahu kepada rakannya, mereka berkeras cakap tiada babi sebaliknya hanya berasaskan makanan laut.

Baca sepenuhnya disini.


Namun pendedahan oleh bella berkenaan nampaknya tidak dipersetujui oleh ramai rakyat Malaysia.

Seorang pelajar, Amirussalam Aswadi, telah menafikan hujan Bella berkenaan dengan alasan mereka adalah pelaajr dan tidak mempunyai banyak pilihan makanan di Korea di mana makanan hahal susah untuk di cari.

Oleh itu, Amirussalam berkata mereka menggunakan konsep Rukhsah(kemudahan atau keringanan yang diberikan atas beberapa alasan tertentu) untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan selesa di sana.


Memetik laporan Astro Awani, mereka telah menghubungi seorang aktivis dakwah dan penceramah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, untuk menjelaskan konsep rukhsah ini seperti yang digunapakai oleh pelajar Malaysia di Korea.

Menurut Ustaz Syed Abdul kadir, rukhsah sepatutnya diamalkan dalam keadaan yang betul-betul darurat.

"Dalam situasi pelajar di sana, mereka masih ada pilihan lain dan bukan berada dalam keadaan darurat.

"Mereka perlu berusaha untuk mencari pilihan lain terlebih dahulu, sebelum memilih untuk mengambil pendekatan rukhsah," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya umat Islam di sana merujuk jabatan agama Islam di negara terbabit terlebih dahulu, untuk mendapatkan status makanan dan restoran halal yang lebih terperinci. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "