Penduduk di kawasan selatan Perlis seperti Sanglang dan Simpang Empat Hj Kasim yang sedang bersahur dikejutkan dengan bunyi angin kuat sebelum beberapa bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut kuat awal pagi tadi.
Seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Bukhari, menganggap ini adalah ujian sebelum beraya selepas rumah mentuanya rosak dipukul ribut.
"Rumah mentua saya dibadai ribut, habis bumbung rumah tercabut, tapi alhamdulillah bumbung tak kena sesiapa atau kereta."
"Habis semua barang dalam rumah kena air, kuasa Alla, bumbung rumah terbang sekeping dan tidak dengar pun dia tercabut, tahu-tahu dan lompong," katanya.
Ribut turut merosakkan beberapa buah rumah di Sanglang, Perlis
Sementara itu, ribut kuat semalam telah meranapkan puluhan gerai menjual makanan di bazar Ramadhan di Stadium Darul Aman, Alor Star awal pagi tadi.
Menurut peniaga, hampir kesemua khemah yang dipasang oleh peniaga rosak kecuali khemah besar yang telah dipasang sebelum ini dan digunakan sebagai 'uptown'. - Siakapkeli.my