Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Ferrari Langgar 'Punggung' Proton Preve, Tiada Yang Cedera

20 Jun 2016

Kuala Lumpur, 20 Jun: Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian sebuah kereta Ferrari bewarna pink melanggar sebuah kereta Proton Preve yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Ferrari yang dipandu lelaki tersebut dipercayai hilang kawalan berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Ampang di sini.

Kenderaan mewah berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang kereta Proton Preve terbabit.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala kereta Ferrari itu remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu berkenaan tidak cedera.

“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ada tak dekat sini nak kirim barang dari US? Cubalah Viabox, lagi murah dari borderlinx dan satu-satunya kurier yang terima bitcoins.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "