Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cel*ka Macha ni, Tak Reti Ke Nak Tunggu Meja Kosong Ker? Tengok Cara Dia Pakai Pun Dah Tahu"

4 Jun 2016
No Comment

Gambar Hiasan

Zaman sudah jauh berubah, semakin hari tamadun manusia semakin maju, tetapi adab yang kita pegang selama ini haruslah kita pegang dan terapkan.

Budaya hormat emnghormati tidak kira bangsa atau agama haruslah kita pegang, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kisah yang dikongsikan oleh lelaki Joe Najib ini amat sesuai dijadikan sebagai pengajaran, tidak kira siapakah kita, hormat menghormatilah sesama kita.

*Walaupun kisah ini sudah lama terjadi, tetapi mesej yang disampaikan akan berguna sehingga dunia kiamat.

Restoran nasi kandar Pelita SS2 memang sungguh padat malam ini sehinggakan saya tak dapat mencari meja kosong, jadi saya bertanya pada sekumpulan remaja lelaki (budak-budak kolej yang mungkin handak ke kelab malam saya rasa) sama ada boleh berkongsi meja yang panjang itu dengan mereka. 

Mereka memandang saya dari atas ke bawah beberapa kali dan tidak menjawab pertanyaan saya. Lalu saya menganggap mereka tidak kisah, saya pun terus duduk di situ. 

Untuk pengetahuan, malam itu saya berpakain agak  "underdresseddimana saya hanya pakai t-shirt Sports Toto, t-shirt bowling yang ditaja oleh Berjaya Group untuk team bowling saya. 

Ketika sedang sibuk dengan hal sendiri, saya terdengar perbualan remaja ini dalam bahas ***.

Remaja 1: "Celaka Macha ini. tak reti tunggu meja kosong ke? ini duduk ikut suka macamtu jer" 

Remaja 2: "Kau terkejut ker? Tengok cara dia berpakaian pun dah tahu, "Ahmad" driver atau dispacth je. mana ada nak peduli orang suka ke tidak sebab mereka masih berfikiran macam orang kampung, ikut suka je duduk di mana-mana saja." 

Mereka kemudiannya ketawa beramai-ramai.

Remaja 2 tadi kemudainnya menambah "Dia ni mungkin bergaji RM800 sebulan dan perlu menyara 4 orang anaknya. Pergi ke mana-mana dengan motosikal, buat stunt sebab satu keluarga perlu duduk di satu motosikal." katanya. 

Mereka kemudiannya telah kembali menyambung perbualan dalam bahasa Inngeris bercakap tentang tugasan kolej.Bila didengar dengan teliti, mereka belajar marketing communications. 

Sebelum saya beredar, saya bangun dan mencuit bahu remaja nombor 2 tadi dan berkata kepada mereka semua.

"Saya bukanlah seperti yang anda sangkakan. Saya tidak bekerja sebagai dispatch. Saya ada kereta, dan kereta saya sedang dicuci di sana. Ya, saya faham bahasa ***,"

Kemudian saya keluarkan tiga name card dan letak di depan mereka. 

"Saya Ketua A&P di sebuah bank, saya juga mengetuai pasukan orang muda seperti anda, yang bercita-cita untuk menjadi seperti 'Macha' mereka dari segi pengetahuan, pengalaman dan mempunyai pendapatan yang baik. Malah, ini (letak RM10 di atas meja), biar saya bayar untuk minuman anda bertiga," katanya dan terus beredar, lega rasa diri.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "