Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Ketum, Tapi Ketumbar

22 Jun 2016
No Comment


JEMPOL 22 JUN - Polis hari ini ini menafikan bahawa sebuah pasar raya di daerah ini menjual ketum secara terbuka.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan di premis terbabit hari ini dan dakwaan itu timbul ekoran berlaku kesilapan ejaan pada label barang.

Hasil pemeriksaan mendapati pasar raya itu menjual daun ketumbar tetapi dilabel sebagai daun ketum pada bungkusannya.

Ini hanya kesilapan ejaan dan tiada barang terlarang dijual di premis tersebut,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Gambar pelekat pada bungkusan daun berwarna hijau yang menjadi viral itu memaparkan tulisan ‘daun ketum’ seberat 0.08 kilogram dijual dengan harga RM2.65. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "