Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

37,000 Ayam Mati Akibat Bekalan Elektrik Terputus, Tauke Rugi RM500,000

28 Jun 2016


Teluk Intan: Seorang pengusaha ladang ternakan ayamd i Chenderung Balai di sini kerugian lebih RM500,000 apabila 37,000 ayam ternakannya mati kepanasan pada malam kelmarian akibat kawasan ladang itu terputus bekalan elektrik selama beberapa jam.

Semua ayam daging yang menunggu masa untuk dipasarkan pada Aildiftiri ini gagal diselamatkan biarpun pengusahan itu cuba menghidupkan penghawa dingin di reban itu menggunakan generator kecil.

Menurut Pengurus Nur Rich Agro, Shamsuddin Ibrahim, 42,  pihaknya terpaksa berputih mata melihat semua 37,000 ayam ternakan itu mati lemas selepas bekalan elektrik terputus sejak jam 10.40 pagi, kelmarin.

Tambahnya lagi, ladang ternakan itu memerlukan penghawa dingin yang berterusan untuk perlindungan ayam ternakan, namun kelmarin bekalan tiba-tiba terputus dan pihaknya tidak mendapat sebarang notis pemberitahuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik saja bekalan terputus, saya menghidupkan generator kecil yang dikhaskan untuk menghidupkan penghawa dingin buat sementara waktu sehingga bekalan disambung, namun sehingga petang bekalan masih tidak disambung dan tenaga daripada generator itu memang tidak mampu menampung keseluruhan reban ayam yang ada.

“Bermula jam 3 petang semalam (Ahad), saya mula dapati beberapa ekor ayam sudah lemah kerana kepanasan dan saya cuba menghubungi pihak TNB, tetapi amat mengecewakan apabila diberitahu bekalan elektrik di kawasan ini akan terganggu dari pagi hingga jam 7 malam,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, menjelang malam, semua ayam-ayam itu sudah mati. Pihaknya juga terkejut dengan gangguan itu kerana kebiasaannya notis diberikan dahulu jika terdapat gangguan bekalan elektrik bagi tempoh masa yang lama. Namun bagi kejadian terbaru ini, tiada sebarang notis diberikan.

Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak TNB seharusnya memaklumkan mengenai gangguan ini terlebih dulu bagi memudahkan kami menyewa generator yang sesuai sama ada daripada pihak persendirian atau TNB sendiri.

“Susulan tiada notis pemberitahuan, kami alami kerugian yang besar kerana kematian semua ayam ternakan serta tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan pada musim perayaan ini,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Labu Kubong, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "