Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

19 Perbuatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

6 Jun 2016
No Comment

Ramai tertanya-tanya adakah batal puasanya jika menderma darah, kena cucuk dengan jarum atau pelbagai lagi yang melibatkan memasukkan sesuatu dalam rongga badan.

Jadi ramai sebenarnya takut puasa mereka terbatal kerana tindakan dalam perubatan ini sehinggakan ada yang tidak pergi berjumpa doktor bila sakit di bulan puasa.

Dikongsikan oleh sorang doktor bernama Dr Ahmad Zakimi Abdullah 19 jenis perbuatan dalam bidang perubatan tidak akan membatalkan puasa anda.

Jadi apakah perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan?

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan

3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)

4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7) Menderma atau menerima darah

8) Menerima oksigen atau gas untuk bius

9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10) Mengambil darah untuk pemeriksaan

11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.
Disediakan Oleh:
Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Disemak Oleh:
Ustaz Hj Abdullah Hj Yusuf 

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "