Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

13 Mei 2016


PETALING JAYA, 13 Mei: Beberapa perkhidmatan Maybank, termasuk khidmat mengeluarkan wang menerusi mesin ATM dan akses ke web tidak boleh digunakan dalam beberapa tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini disebabkan kerja penyelenggaraan tahunan sistem bank itu.

Satu jadual bersama notis telah dikeluarkan oleh Maybank di laman webnya.

"Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu.



Susulan itu, pengguna yang ingin membuat transaksi pada masa itu dinasihatkan agar berbuat lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "