Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mia Sara Lancar Produk Tudung Jenama Sendiri

15 Mei 2016


Kuala Lumpur, 15 Mei - Pelakon cilik, Mia Sara melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri, MS COUTURE dalam satu acara yang diadakan di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Pelakon yang sudah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburanitu berkata idea untuk mula membuka perniagaan tudung itu bermula dari penghijrahannya ke arah kehidupan Muslimah pada Disember 2015 lalu.

Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang dari umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri,” kata Mia, 11.

Tambah Mia lagi, setakat ini mereka mempunyai tiga jenis tudung.

Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu),” ujarnya.

Selain itu, MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensel dengan menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak kualiti tinggi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "