Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Kencing Tikus Selepas Berkelah Meninggal Dunia

15 Mei 2016

SEREMBAN, 15 Mei – Seorang mangsa penyakit kencing tikus meninggal dunia petang kelmarin di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Lelaki terbabit disyakit dijangkit penyakit terbabit selepas berkelah di kawasan rekreasi Jeram Toi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa, 20-an, ditahan wad pada 10 Mei lalu.

Setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan dijangkiti penyakit kencing tikus mangsa terus ditempatkan di ICU namun, meninggal dunia petang semalam,” katanya.

Bagaimanapun, dua mangsa lain yang berumur 37 dan 22 tahun yang ditempatkan di wad hospital sama dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara dua lagi mangsa yang berusia 42 dan 15 tahun menerima rawatan di Hospital Besar Melaka (HBM) dan masing-masing seorang di ICU dan wad biasa,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "