Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Serah Diri Kepada Singa di Zoo Untuk Dibaham, 2 Mati Ditembak

22 Mei 2016

Chile, 22 Mei - Seorang lelaki bertindak nekad memasuki sebuah kandang singa di sebuah zoo disini untuk menjadikan dirinya makanan namun dia masih lagi selamat tapi dalam keadaan yang teramat nazak setelah dua ekor singa di kandang terbabit ditembak mati.

Pihak berkuasa Santiago mengesahkan dua singa terbabit ditembak mati setelah mereka manggomol lelaki 20 tahun itu yang memecah masuk ke dalam kandang itu pada awal Sabtu.

Lelaki itu, yang dinamakan oleh media tempatan sebagai Franco Luis Ferrada Roman dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan dikatakan dalam keadaan yang tersangat nazak.

Lelaki muda membuka bajunya selepas memecah masuk ke kawasan kandang itu dan melompat ke tengah-tengah, menyebabkan pengunjung di zoo berkenaan panik dan menjerit.



Di dalam kandang, singa-singa yang melihat Franco di tengah kandang dengan segera meluru dan 'bermain' dengannya. Ketika inilah penjaga zoo menembak dua singa terbabit untuk menyelamatkan nyawa Franco.

Pengarah zoo itu, Alejandra Montalya berkata : "Kami percaya lelaki itu memasuki zoo sebagai pengunjung dan membayar tiketnya."

Alenjandra memberitahu media tempatan bahawa zoo itu penuh dengan pengunjung ketika insiden.

"Kemudian, lelaki berkenaan memecah masuk kawasan orang awam tidak dibenarkan masuk sebelum memanjat bahagian atas kandang singa dan melompat ke dalam kandang itu. Dia kemudian membuang bajunya untuk menarik perhatian singa.", katanya.

Pengarah itu juga berkata dia sangat sedih dengan kematian dua ekor singa terbabit, yang mana seekor jantan dan seekor lagi betina.


Seorang saksi, Cynthia Vasquez, memberitahu sebuah radio di Chile bahawa penjaga zoo sangat lembab dan singa-singa itu tidak segera menyerang lelaki berkenaan sejurus selepas dia masuk ke dalam kandang.

"Dia memasuki kandang dari atas dan singa-singa itu mula bermain dengannya. Selepas itu baru mereka mula menyerang.", katanya sambil menambah lelaki berkenaan menjerit tentang Jesus.

Menurut laporan berita tempatan, satu nota bunuh diri ditemui di dalam pakaian lelaki tersebut. Nota itu menyebut tentang hari kiamat dan ia dipercayai salah satu punca dia membunuh diri.

Pada petang Sabtu, keadaan Franco sudah dikatakan semakin pulih. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "