Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Kalau Saya Mati Sapa Nak Jaga Najib Dan Rosmah - Ali Tinju

13 Mei 2016
One Comment

Berikutan dakwaan kononnya beliau menerima ugutan daripada Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini, Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom menyatakan yang beliau tidak gentar dengan ugutan berkenaan, lapor FMT.

Mohd Ali atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju itu sebaliknya mencabar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertumbuk di gelanggang yang sesuai.

Ali semalam telah membuat laporan polis mendakwa Jamal telah menghubunginya petang semalam di mana dakwanya dia telah diugut dipukul serta ditembak.

Menurutnya, ugutan itu ekoran kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN akan kalah teruk jika Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti.

“Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli UMNO, tembak mati saya sebagai panglima Datuk Seri Najib, siapa yang nak jaga Datuk Najib dan Datin Seri Rosmah?

“Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau Datuk Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh.

“Saya nak ulang lagi sekali, kalau Datuk Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN, malah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak pernah ajar ketua UMNO bahagian jadi samseng,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Tidak cukup dengan perkara itu, Ali turut mendedahkan kononnya Jamal pernah menyerahkan pistolnya kepada orang lain ketika Perhimpunan Baju Merah pada 16 September tahun lalu.

“Saya mohon IGP menarik balik lesen yang diberi kepada Datuk Jamal, sebab beberapa isu saya lihat sewaktu Himpunan Baju Merah hari itu, Datuk Jamal mengeluarkan pistol dan memberi kepada orang lain untuk menjaga pistol tersebut.

“Kalau semua ketua bahagian ada pistol, tak puas hati angkat pistol tembak, mana ada undang-undang dalam Malaysia macam itu, sebab itu setiap ketua bahagian dia mesti tahu undang-undang, tetapi Datuk Jamal ini ego, sebab itu saya minta tarik balik lesen dia,” katanya.

Beliau juga turut mendakwa hasil kekayaan dan harta Jamal datangnya daripada bantuan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

“Saya harap anak-anak muda jangan tertipu dengan Datuk Jamal, dia hidup pun sebab Datuk Noh Omar, kalau tidak ada Noh Omar siapa Jamal kita tidak tahu.

“Malah dalam Himpunan Baju Merah juga berjuta dia dapat bukan kita tidak tahu dan dia upah budak-budak sekolah bagi RM50 dan makan nasi bungkus,” katanya.

Sementara itu, Jamal ketika dihubungi FMT sebentar enggan mengulas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Ali Tinju itu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "