Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor"

14 Apr 2016


JOHOR BAHRU, 14 Apr - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah bank sendiri yang dikenali sebagai "Bank of Johor".

Titah Sultan Ibrahim, bank itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.

"Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.

"Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai 'Bank of Johor'," titahnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "