Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Stesen Minyak Nyaris Terbakar, Tong Plastik Yang Sedang Diisi Minyak Disambar Api

18 Apr 2016
No Comment


KUCHING: Sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Tawi Sli di sini telah digemparkan dengan kebakaran di pam minyaknya selepas tong plastik yang digunakan oleh seorang pelanggan untuk mengisi minyak telah disambar api, lapor Berita Harian.

Namun tindakan pantas pekerja stesen minyak berkenaan telah berjaya mengawal kebakaran daripada menjadi lebih besar kira-kira jam 1 tengahhari itu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika pelanggan berkenaan mengisi minyak ke dalam tong plastik itu, terdapat sedikit percikan api yang terus menyambar petrol di dalam tangki yang sedang diisi.

"Api yang menyambar tong itu mencemaskan pekerja dan pelanggan stesen minyak itu. 

"Bagaimanapun, beberapa pekerja bertindak pantas mengambil alat pemadam api dan berjaya mengawal kebakaran, seterusnya mengelak berlakunya tragedi," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "