Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penuntut Berputih Mata BB1M Bernilai RM30,000 Dilarikan 'Achong'

20 Apr 2016
No Comment


SHAH ALAM, 20 April - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar Buku 1Malasia (BB1M) yang bernilai RM30,000 dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Achong' dalam kejadian 2 April lepas.

Difahamkan pelajar tersebut menyerahkan baucar-baucar buku itu untuk ditukarkan kepada wang tunai.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, mangsa yang berusia 22 tahun itu membuat laporan polis setelah menyedari dia ditipu.

"Penuntut lelaki ini menjadi orang tengah antara rakan-rakan yang berhasrat untuk menukar baucar buku diberi kepada mereka kepada wang tunai.

"Mangsa bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai 'Achong' di satu lokasi di Shah Alam pada 12.30 tengah hari, kononnya mendakwa sanggup membeli baucar tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tambah beliau lagi, ketika urusan jual beli, penuntut tersebut didatangi dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang kononnya cuba menahan mangsa kerana dikatakan menyalah guna baucar berkenaan.

Katanya dua lelaki terbabit yang memakai baju putih berlogo polis kemudian menunjukkan sepasang gari kepada mangsa sebelum 'Achong' bertindak melarikan diri.

"Bertindak atas maklumat daripada mangsa, polis berjaya menjejaki tujuh lelaki berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun di beberapa lokasi sekitar Shah Alam pada 4 April lepas," katanya.

Shafien berkata penahanan kesemua suspek itu turut membawa kepada penemuan dua helai baju putih berlogo polis dan gari yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

"Suspek-suspek ini mempunyai kaitan dengan lelaki bernama 'Achong' yang kini masih belum dapat diberkas. Siasatan turut menunjukkan kumpulan ini menyasarkan individu yang memiliki baucar buku tersebut termasuk pelajar sebelum memperdayakan mangsa supaya menjual baucar berkenaan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 170 dan 384 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "