Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Pocong

14 Apr 2016
No Comment
Kredit Gambar: Sinar Harian

KOTA BHARU: Sebuah sekolah di Pengkalan Chepa terpaksa memberhentikan sesi pembelajaran selepas suasana bertukar kecoh apabila lebih dari 50 orang pelajar dan beberapa orang guru telah diserang histeria, lapor Berita Harian.

Menurut sumber, kejadian berkenaan telah bermula sejak Isnin lalu selepas beberapa pelajar mendakwa melihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Selepas terlihat makhluk halus berkenaan, pelajar terebut telah rebah dan meracau sebelum keadaan itu 'berjangkit' kepada pelajar lain.

Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang enggan dikenali berkata, sesi pembelajaran sejak Isnin lalu terganggu disebabkan kejadian itu.

"Malah ada guru perempuan turut diserang histeria menyebabkan pembelajaran kami terganggu. "Pelajar yang kerasukan ini mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong dan tandas," katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung perkara itu dan menyatakan pihak sekolah sudah mengadakan manjlis bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebagai ikhtiar - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "