Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jurujual Lelaki Trauma Dicabul Ditempat Parking‎

23 Apr 2016
No Comment


SEREMBAN, 23 Apr - Seorang jurujual lelaki terpaksa menghadapi detik trauma apabila dia dicabul oleh seorang pengawal keselamatan lelaki dalam kejadian di sebuah stesen bas di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, dalam kejadian kira-kira 2.30 itu, mangsa yang berusia 20 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke Melaka.

"Mangsa dikatakan telah bertemu dengan suspek berusia 31 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di situ untuk bertanyakan suis bagi mengecas telefon bimbitnya.

"Berdasarkan laporan mangsa, mereka pada awalnya hanya berbual dan suspek telah memberitahu yang dia mempunyai kepakaran mengurut badan," katanya.

Menurut beliau lagi, suspek kemudian menawarkan diri untuk mengurut mangsa yang memberitahu mempunyai masalah sakit belakang.

Muhamad Zaki berkata, suspek telah meminta mangsa membuka pakaian namun mangsa mula berasa tidak selesa lalu menolak untuk terus diurut.

"Suspek bagaimanapun menyuruh mangsa baring dan terus melakukan urutan sehingga ke bahagian kemaluan mangsa.

"Namun mangsa terus melarikan diri apabila suspek meminta untuk melakukan seks luar tabii dan mangsa membuat laporan polis," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Suspek ditahan kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan siasatan mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

"Siasatan akan dijalankan untuk mendapatkan fakta dan bukti. Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "