Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan di UTeM Melaka dengan Syarat

12 Apr 2016


Kuala Lumpur, 12 Apr - Dr. Zakir Naik boleh meneruskan siri ceramahnya di Malaysia termasuk pada Sabtu dan Ahad ini masing-masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan di Melaka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu bantahan terhadap program tersebut.

"Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP (Ketua Polis Negara) dan bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan. Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memutuskan untuk membenarkan majlis itu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan syarat tajuk itu diubah kepada tajuk lain.

"Kerajaan memutuskan sebaliknya (beri kebenaran) selepas adanya kompromi dengan pihak penganjur dan saya sendiri sudah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Idris Haron) supaya ia diteruskan dengan tajuk berbeza," katanya lapor BH Online.

Sebelum ini, KPN telah menyarankan agar forum Dr. Zakir yang bertajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" tidak diteruskan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan supaya program ceramah umum itu diteruskan termasuk Perlis yang menawarkan tempat kepada Dr Zakir.

Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP dan BERSETUJU FORUM DR.ZAKIR NAIK DITERUSKAN.Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah.Semoga Allah SWT memberkati.
Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Monday, 11 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "