Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagi Rancangan Realiti TV “The Entrepreneur”, Kali ini Bagi Melahirkan Usahawan yang Bakal Meletop

12 Apr 2016

Antara nama-nama usahawan besar di Malaysia.
Siapa tidak kenal nama-nama besar pasangan seperti Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim, Nazril Nash dan Sazzy Falak, serta Allahyarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya dan Rita Dato’ Sosilawati? Kesemua mereka ini sudah menempa nama sebagai usahawan yang berjaya di Malaysia. Sebut sahaja nama mereka sudah tentu ramai yang kenal.

Nama pasangan Fizo Omar dan Mawar tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Mereka boleh dikatakan pasangan usahawan 'sejoli' kerana masing-masing mempunyai perusahaan tersendiri. Mawar terkenal dengan jenama tudung premium Fareeda manakala Fizo pula terkenal dengan francais burger jalanan, "Hot Burger".

Nazril Nash pula merupakan seorang perunding kewangan professional yang mengasaskan LVG Consultants manakala suri hatinya, Sazzy Falak merupakan pengasas jenama pakaian Street Fashion KL.

Allahyarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya dan Rita Dato’ Sosilawati pula merupakan individu yang sangat berpengaruh dalam industri kosmetik tempatan. Jenama mereka, Nouvelles Visages kini sangat berpengaruh dalam industri kosmetik tempatan.

Kini, usahawan berjaya bakal dilahirkan melalui program realiti TV

TV3 kini menyiarkan satu lagi program realiti TV terbaru, "The Entrepreneur" yang menyaksikan 10 peserta yang dipilih khusus dari program boot camp Tube 2.0 anjuran SME Corp. Malaysia.



Kesepuluh peserta ini akan berjuang untuk mendapatkan gelaran "The Entrepreneur" dan anda berpeluang untuk menyaksikan mereka berentap menerusi kaca TV pada setiap Selasa jam 5.30 petang selama 8 minggu.

Apa yang bakal penonton saksikan menerusi rancangan ini? Penonton bakal menyaksikan bagaimana peserta-peserta ini menggunakan skil dan kreativiti mereka sebagai seorang usahawan untuk meraih gelaran "The Entrepreneur". Sudah tentu banyak ilmu keusahawan yang akan dikongsikan di dalam program ini.

Bagi penonton pula, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai dengan menyertai Peraduan Jawab & Menang dengan melayari laman web rasmi program The Entrepreneur di http://www.tv3.com.my/theentrepreneur. Laman web ini juga mengandungi klip-klip eksklusif di belakang tabir, profil juri dan mentor serta nama-nama besar yang berkolaborasi untuk menjayakan program ini.

Senarai peserta-peserta yang akan berjuang untuk mendapatkan gelaran "The Entreprenuer" adalah:

1 -  Mohd Shaffieq Abdullah & Zulkiflee Bin Ibrahim :
Bidang : Industri Teknologi Maklumat & Komunikasi


2 - Syed Salleh Bin Syed Sulaiman & Mohammad Fakrulllah Bin Rosnan
Bidang : Industri Makanan & Minuman



3 - Siti Nor Hidayah Bt Maskun & Haleda Aqila Bt Nasis
Bidang : Industri Fesyen


4 - Muhammad Shafizuan Bin Mohd Ghazali & Affizolhadi Bin Suria 
Bidang : Industri Automotif


5 - Sonia Ayesha Bt Rashidi & Umi Nor Fadhilah Lulong Bt Hariz Joseph
Bidang : Industri Perkhidmatan


Untuk mengenali mereka-mereka ini dengan lebih dekat, boleh layari:  http://www.tv3.com.my/theentrepreneur/profil.asp
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "