Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Merawat Dan Menyembuhkannya," - TMJ

21 Apr 2016
No Comment

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor hari ini telah berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim atau lebih dikenali sebagai Acan yang merupakan pesakit jantung berlubang kronik.

Baginda tuanku yang selesai majlis rasmi di Johor Bahru terus bergerak ke rumah Acan di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang dikatakan ingin sangat berjumpa dengan Tunku Ismail.

Kehadiran Tunku Ismail ternyata membawa khabar gembira apabila Tunku menyatakan kesudiannya untuk menaja Acan berubat di mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

Menurut seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang ada bersama dalam majlis tersebut berkata, kahadiran TMJ ke rumah Acan memberikan harapan baru kepadanya.

"Semasa Tunku mengumumkan kesediaannya menaja Acan berubat, keluarga Acan dan para sukarelawan mengalirkan air mata syukur dan gembira," katanya.

Dalam pertemuan itu, Tunku mengurniakan jersi JDT yang tertera nama Acan 01 yang turut ditandatangani oleh pemain JDT.

Menurut Puan Natipah lagi, esok Acan akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor peribadi TMJ sebelum membuat keputusan ke mana tempat yang akan ditujui di dunia untuk merawat penyakit Acan. - Siakapkeli.my




Artikel tentang Acan kami pernah siarkan tahun 2015 lalu

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "