Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) [Dikemaskini] Undi Tidak Percaya Terhadap MB Terengganu Ditolak

8 Mac 2016


Kuala Terengganu, 8 Mac: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13 hari ini.

Ahmad Said mengemukakan usul itu ketika berucap membahaskan ucapa terima kasih terhadap titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong  kemudian menagguhkan persidangan DUN untuk mengkaji butirannya mengikut perlembagaan undang-undang tubuh negeri.

Sidang ditangguh 1 tengahhari hingga 2.30 petang ini dan dewan dijangka membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu. - Siakapkeli.my

Kemaskini

Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyambung sidang petang ini, menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diusulkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada hari ini.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "