Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pemandu lain Merbahayakan Nyawa Anda? Lihat Cara Lelaki Ini Menegur

3 Mac 2016
No Comment
screenshot from www.stomp.sg.com


Sebelum ini kita banyak melihat video-video yang tersebar di laman sosial yang memaparkan tingkah laku pengguna-pengguna jalan raya termasuk road-bully.

Apa yang anda mungkin pernah lihat dalam video-video tersebut, pemandu kereta yang tidak berpuas hati dengan sikap pemandu lain yang merbahayakan nyawanya telah bertindak kasar dan adakalanya bertindak menghimpit kereta, lebih teruk membuat kerosakan fizikal pada kereta lain bagi menunjukkan perasaan marah sehingga mencetuskan pergaduhan.

Namun, apa yang terjadi kali ini pula adalah sebaliknya, yang mana dengan cara yang disenangi, seorang penunggang motosikal yang ketika menunggang motosikalnya di lorong tengah telah dihimpit oleh kereta dari lorong kiri yang bertujuan menukar lorong tetapi tanpa memberi sebarang isyarat membelok.

Bagaimanapun penunggang motosikal tersebut tidak melatah dan hanya bersabar dan meneruskan perjalanan. Setibanya mereka di sebuah lampu isyarat, penunggang tersebut memberhentikan motosikalnya di sebelah kereta pemandu yang menghimpitnya tadi dan mengetuk tingkap kereta tersebut. Apa yang membuatkan cara penunggang motosikal tersebut boleh dijadikan contoh adalah dia menegur dengan nada gurauan dan teguran secara terus dengan mengatakan “Awak mahu bunuh saya ke?” disusuli dengan gelak-ketawa.

Apa yang boleh dirumuskan disini, cara menegur seperti ini tetap sampai kepada mereka yang ingin kita tegur dan tidak mengundang sebarang perbalahan yang mana mungkin sehingga dilabelkan road-bully. Kadang-kadang tindakan yang di luar batas boleh disabitkan dengan akta. — Siakapkeli.my




Lady driver fails to see motorcyclist when she changes over 2 lanes abruptly, and is not prepared for what happens next when Karma knocks on her window.Thank you Donny for your fine example how to make driving on Singapore roads an enjoyable experience.(Video Credit: Donny Karma)
Posted by Beh Chia Lor - Singapore Road on Monday, 29 February 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "