Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Akhirnya Nur Hamidah Berjaya Ditemukan Dengan Tuan Norizan Di Hadapan Highland Tower

28 Mac 2016
No Comment

Akhirnya selepas 23 tahun berlalu tragedi runtuhan Highland Tower, akhirnya Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya Umi Rasyidah Khoiruman, 43, telah berjaya ditemukan dengan pegawai bomba yang ingin bertemu mereka iaitu Tuan Norizan Saad.

Hamidah dan ibunya dibawa berjumpa dengan Tuan Norizan yang kini bertugas Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditempat yang penuh bersejarah bagi mereka iaitu lokasi kejadian runtuhan Highland Tower.

Menurut Norizan, hasrat beliau dan tiga rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.

"Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Di dalam pertemuan itu, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah juga dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.

Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata. - Siakapkeli.my



Selepas 23 tahun, Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, akhirnya dipertemukan dengan anggota bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang menyelamatkan mereka dulu, malah mendukung Nur Hamidah yang ketika itu masih bayi.Umi Rasyidah turut bertemu bekas majikannya, Susan Tan, 76
Posted by Harian Metro on Sunday, March 27, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "