Kuala Lumpur - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata dua objek mencurigakan yang disyaki bom di KLCC bukannya bahan letupan seperti yang digembar-gemburkan.
Menurut beliau, ia adalah bahan ujikaji lampu yang ditinggalkan oleh pelajar sekolah.
"Siasatan awal @PDRMsia terhadap 2 botol di KLCC bukan nya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yg ditinggalkan oleh penuntut sekolah.
"Murid Sekolah terlibat dari Bkt Beruntung telah tinggalkan botol2 tersebut di KLCC dan di syaki bom oleh mrk yg menemuinya. @PDRMsia", kata beliau menerusi Twitter.
Sebelum ini dua objek mencurigakan telah menimbulkan kebimbangan bom di KLCC. Kedua-dua objek itu telah dimusnah oleh Unit Pemusnah Bom. - Siakapkeli.my
Siasatan awal @PDRMsia terhadap 2 botol di KLCC bukan nya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yg ditinggalkan oleh penuntut sekolah.— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 9, 2016
Murid Sekolah terlibat dari Bkt Beruntung telah tinggalkan botol2 tersebut di KLCC dan di syaki bom oleh mrk yg menemuinya. @PDRMsia— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 9, 2016
Uji kaji lampu dlm botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kpd murid Sek dn telah diberi kpd murid2 sebagai cenderahati. @PDRMsia
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 9, 2016