Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serpihan Kedua Pesawat Dipercayai Milik MH370 Ditemui Lagi Di Pulau Reunion

7 Mac 2016
No Comment

Perancis: Seorang lelaki mendakwa telah menjumpai satu lagi serpihan pesawat yang dipercayai ada kaitan dengan MH370 di Pulau Reunion sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi pada Khamis lalu.

Serpihan berkenaan dijumpai oleh Johnny Begue iaitu individu yang sama menjumpai 'flaperon' yang disahkan daripada pesawat MH370 pada Julai tahun lalu.

Menurut beliau, dia menjumpai serpihak berkenaan ketika sedang bersenam di pesisir pantai apabila ternampak sebuah objek kecil berukuran 40 dan 20 sentimeter.

"Objek berkenaan tanda berwarna biru di bahagian permukaan serta berwarna kelabu di bahagian bawahnya."

"Objek berkenaan adalah ringan dan strukturnya kelihatan sama seperti flaperon yang jumpai tahun lalu.

"Selepas menjumpainya, saya menyerahkan objek itu kepada polis," katanya.

Begue juga memberitahu sejak menemui flaperon tahun lalu, dia sering melalui kawasan persisir pantai untuk mencari lagi serpihan pesawat.

"Saya mulakan pencarian saya setiap kali selepas berlakunya cuaca buruk yang kebiasaannya ombak akan menghanyutkan pelbagai sampah dan benda ke pesisir pantai," katanya lagi.

Menurut Begue, polis belum lagi menghubunginya sejak objek itu diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Begue menjumpai objek berkenaan beberapa hari selepas penemuan satu lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Mozambique oleh seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Pesawat MH370 hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "