Saya Non Muslim, Tapi Saya Malu Upload Gambar Selfie Ke Facebook Sebab..
Dengan perkembangan media sosial yang kini begitu meluas, sudah pasti ia memudahkan kita berhubung, berkongsi gambar dan apa sahaja dihujung jari.
Dengan wujudnya Facebook, Twitter, Instagram, Wechat dan pelbagai lagi, begitu mudah gambar dikongsikan untuk ditatapi ramai.
Perlu diketahui, media sosial adalah digunakan oleh ramai orang seluruh dunia, tiada istilah 'upload gambar atau video untuk dikongsi secara peribadi atau sesama kawan-kawan' kerana ia sudah pasti boleh ditatapi oleh ramai pengguna media sosial walaupun bukan dari rakan kita.
Seorang gadis bukan Muslim telah meluahkan rasa hatinya dan menyedari betapa berharganya seorang insan bergelar wanita jika gambar-gambar tidak dijadikan bahan untuk tatapan ramai dan cantiknya wanita bila ianya tersembunyi seperti yang disarankan oleh agama Islam.
Jom kita baca luahan beliau.
Saya non muslim .Saya malu..
Kita perempuan.Kadang-kadang kita lalai. Kita selalu inginkan perhatian. Inginkan pujian. Hati rasa gembira bila raih banyak likes.
Saya mengaku memang inilah tujuan saya upload gambar selfie dahulu kala. Sehingga seorang insan telah datang dalam hidup saya dan mengatakan bahawa cantiknya hawa bila ia tersembunyi ,bila ia privasi, bila ia bukan bertujuan untuk meraih hati.
Saya mula berubah,.Tiada lagi gambar selfie untuk ditatap pengguna media. Saya gembira begini. Rasa malu untuk ditatapi. Saya gembira. Cantiknya hawa bila ia menutup tubuh sendiri. Saya mula menjauhi skirt ,seluar pendek ketika keluar dengan teman. Saya masih jahil. Saya tidak sempurna.Tapi saya berusaha ke arah itu.
Wahai hawa yang menyanjungi Allah,kurang kan la gambar selfie di media.Tubuhmu, wajahmu hanya layak ditatapi oleh yang halal bagi mu. Jangan termakan pujian duniawi. Saya malu, kenapa tidak anda? Saya non muslim dan saya malu. - miss 2016
- Siakapkeli.my
SUMBER