Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ronaldo Batalkan Pertemuan Dengan Datuk Vida Pada Saat Akhir

17 Mac 2016
No Comment

MADRID: Bintang bola sepak antarabangsa yang merupakan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Hasmiza Othman telah membatalakn pertemuan itu di saat akhir, lapor mStar Online.

Menurut Datuk Vida, pemain Rela Madrid itu tidak memaklumkan kepadanya sebab kenapa jemputan pada awal pagi Selasa itu ditolak selepas pulang dari perlawanan bersama kelab Las Palmas di Kepulauan Canaria.

“Saya pun agak kecewa sebab pertemuan ini tidak kesampaian. Saya hanya merancang tetapi sudah tiada rezeki, nak buat macam mana,” katanya.

Beliau juga memberitahu hatinya sedikit terubat kerana berkesempatan untuk bergambar dengan sebuah replika Ronaldo bersaiz sebenar di Stadium Santiago Bernabeu di sini.

“Walaupun hanya dapat bergambar yang disunting dengan Ronaldo, tapi bila lihat ia seolah realiti. Apa pun tidaklah rasa kecewa sangat,” tambahnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "