Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengguna Internet TM Hadapi Masalah Kelajuan Layari Web Antarabangsa Dan Permainan 'Online'

2 Mac 2016
2 ulasan

Pengguna perkhidmatan internet Telekom Malaysia dilaporkan telah menghadapi masalah pautan data antarabangsa ke Amerika Syarikat dan Asia Utara di mana masalah ini mula dikesan pada hari Isnin lau.

TM melalui laman Twitternya mengesahkan terdapat masalah berkaitan kabel bawah tanah dasar laut yang digunakan oleh pihak TM untuk capaian rangkaian antarabangsa.

Naum sehingga kini belum ada perkembangan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak TM tentang proses pembaik pulih kabel dasar laut berkenaan.


Kerana masalah ini, kebanyakkan web antarabangsa yang dilayari daripada Malaysia akan menghadapi masalah kelajuan.

Selain itu, ia merupakan berita buruk kepada peminat game e-sukan seperi Dota2, Hons, LOL dan lain-lain, permaianan online berkenaan tidak dapat dimainkan kerana masalah kelajuan membuatkan permainan menjadi 'delay', 'lag' dan terdapat 'packet loss'.


Berdasarkan kes yang pernah berlaku pada 2014 lalu, jika kes kabel dasar laut terputus, masa beberapa minggu diperlukan untuk proses baik pulih sepenuhnya. - Siakapkeli.my

SUMBER: LOWYAT
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. bukan rangkaian antarabangsa je. local pun slow jugak sekarang ni.. boleh claim loss tk?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "