Lelaki Disyaki Pecah Rumah Maut Dibelasah
IPOH, 4 Mac: Seorang lelaki maut dipercayai setelah dipukul kerana disyaki melakukan pecah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman lapangan Indah di sini.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, Chiong Weng Keong, 37, telah dibawa ke Balai Polis Kampung Rapat setelah dipukul oleh orang awam sebleum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan akibat kecederaan di kepala sebelum dia disahkan meninggal pada 5.30 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, polis sudah menerima laporan dari ibu mangsa dan bedah siasat mendapati kematian disebabkan oleh kecederaan di kepada akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
Kata beliau juga, mangsa dipercayai ditangkap dan dipukul oleh orang awam selepas disyaki memecah masuk rumah berasma rakannya, yang kini masih dalam buruan polis.
"Siasatan dijalankan polis di tempat kejadian menemui batu dengan kesan darah
"Kita giat mengesan rakannya yang masih bebas dan orang awam yang menangkap serta memukulnya," katanya - Siakapkeli.my