Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta BMW Terbakar di Celah Pondok Tol, Lelaki Rentung

29 Mac 2016

Petaling Jaya, 29 Mac: Seorang lelaki dipercayai mabuk yang tidur di dalam kereta jenis BMW rentung selepas kereta itu tiba-tiba terbakar di lorong Touch n Go di Plaza Tol Lebuhraya Sprint Damansara berdekatan Hotel Eastin kira-kira jam 5 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pihaknya menerima panggilan awam yang memaklumkan kereta tersebut terbakar dan anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian.

"Menurut maklumat daripada pekerja tol itu, kereta terbabit dilihat berhenti di lorong tol Touch and Go pada 4 pagi. Pemandunya adalah seorang lelaki dipercayai mabuk dan terus tidur di kerusi penumpang depan selepas berhenti di situ.

"Pekerja terbabit cuba mengejutkan lelaki berkenaan tetapi pintu kereta berkunci dan cermin tertutup rapat serta keadaan enjin masih hidup.

"Kira-kira sejam kemudian kenderaan berkenaan tiba-tiba terbakar bermula dari bahagian enjin dan lelaki terbabit ditemui rentung," katanya.

Zani juga berkata, kenderaan terbabit didaftarkan diatas nama Ng Leong dan Soon Man beralamat di Taman Canning Perak.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Dalam pada itu, BMW berkata pihaknya bersedia membantu dalam penyiasatan berikutan kejadian itu - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "