#MH370 : Kementerian Sahkan Ada Terima Maklumat Penemuan Serpihan di Mozambique
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai penemuan serpihan pesawat Boeing 777 di pantai Mozambique semalam namun masih terlalu awal untuk mengesahkan ianya dari MH370.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi mendapatkan serpihan itu kerana Malaysia tiada kedutaan di Mozambique.
"Saya harap tiada pihak yang membuat spekulasi serpihan itu milik MH370," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Hari ini, beberapa portal antarabangsa melaporkan pegawai dari U.S telah mengesahkan satu penemuan serpiahn di Mozambique yang mungkin dari pesawat MH370. - Siakapkeli.my