Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

iPhone 6 Terbakar Dalam Pesawat ke Hawaii

21 Mac 2016


SEATTLE, 21 Mac - Seorang gadis tempatan di sini terkejut apabila iPhonenya secara tiba-tiba terbakar ketika di dalam pesawat ke Hawaii pada Khamis lalu.

Menurut Anna Crail, dia sedang menonton filem ketika api mula keluar dari iPhone 6 nya.

"Ketika api bermula, saya menyangka kami (pesawat) akan jatuh

"Tiba-tiba ada api 8 inchi keluar dari telefon saya

"Jadi saya jatuhkannya ke lantai dan ia menggelungsur ke tempat duduk orang lain, dan api semakin marak dan beberapa orang sudah terbangun", kata Crail.

Anna Crail.
Menurut Alaska Air, krewnya dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini dan api dapat dikawal dengan cepat.

Pakar penerbangan, John Nance berkata kebanyakan syarikat penerbangan mengharamkan hoverboards kerana ancaman api, dan perkara yang sama boleh juga berlaku pada telefon pintar.

Tambah Nuance lagi, kejadian seperti ini menjadi sebab mengapa pengguna perlu meletakkan telefon mereka di dalam 'airplane mode' ketika menaiki pesawat. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "