Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dilanggar Kereta Mainan Dipandu Kanak-Kanak, Nenek Tuntut Pampasan

27 Mac 2016
No Comment

BEIJING: Hanya kerana dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang budak perempuan yang menaiki sebuah kereta mainan, seorang nenek dari bandar Changde telah meminta pampasan dan kejadian ini mendapat liputan media China.

Memetik laporan portal Daily Mail, detik selepas kejadian telah berjaya dirakam oleh seorang individu yang berada di tempat kejadian di mana nenek itu enggan bangun sebaliknya terus duduk di bahu jalan dan meminta pampasan daripada ibu kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

Menurut warga emas itu, kanak-kanak berkenaan memandu dengan laju dan memerbahaya di kaki lima, seolah-olah tidak menyedari bahawa kereta itu hanyalah permainan kanak-kanak.

“Kedua-dua mereka tetap berkeras dengan pendirian masing-masing dan bertengkar agak lama,” lapor portal berita Huanqiu.

Netizen yang menonton video tersebut melahirkan pelbagai reaksi berbeza termasuk ada yang menyatakan rasa simpati.

Terdapat beberapa individu yang berpendapat dia sepatutnya dihantar ke hospital dan ada juga yang merasakan nenek itu berbohong dan sengaja mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "