Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cuaca Panas Landa Negara Dijangka Kembali Normal Bulan Jun - MET Malaysia

8 Mac 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Ketika ini cuaca panas dilaporkan melanda negara dan menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, cuaca panas ini akan kembali normal pada bulan Jun ini.

Memetik laporan Berita Harian, cuaca panas ini berlaku berikutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka kembali normal mulai bulan itu.

Fenomena El Nino yang dikesan berlaku pada Disember tahun lalu hingga bulan Januari didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya.

Che Gayah turut memberitahu bahawa  peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka akan mengurankan kesan cuaca panas ini kerana hujan dan ribut petir diramal kerap berlaku terutama pada waktu petang.

"Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun, negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari bulan Mei hingga September," katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "