Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(2 Video) Menteri Besar Kedah Kena 'Boo' Dengan Penyokong Helang Merah?

2 Mac 2016
No Comment

Heboh diperkatakan dilaman sosial hari ini di mana mendakwa Menteri Besar Kedah yang baru, Dato Seri Ahmad Bashah telah di 'boo' oleh penyokong pasukan bola sepak Kedah.

Ia adalah berikutan rasa tidak puas hati berikutan konflik politik yang melanda Kedah baru-baru ini sehingga Mantan Menteri Besar dan juga Mantan Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan.


Menurut dakwaan blog Mukhriz Mahathir FC, sambutan penonton kepada menteri besar baru Kedah itu sangat berbeza dengan keadaan ketika KFA diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Jika dulu MB lama (MB Kedah yang sah) disambut dengan sorak dan tepukan, MB baru (MB rampasan kuasa) diboo oleh penyokong Kedah di Stadium.

"Bukan sekali atau dua kali, tapi setiap kali nama Ahmad Bashah disebut. penyokong Kedah akan menghadiahkan BOOO.

"Paling teruk pada minit ke 2.13 hingga 2.31, boleh lihat pada video di bawah."

"Pertama kali dalam sejarah MB Kedah diperlakukan demikian. Maluu maluu.. Rakyat dah bijak menilai, berani buat, berani tanggunglah. Jangan ingat rakyat Kedah lupa perbuatan yang telah anda lakukan," kata pengendali akaun berkenaan.


Kedah semalam berjaya menewaskan pasukan Qu Puteh The Red Warrior 2-1 di mana gol Kedah dijaringkan Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd Syafiq Ahmad di minit ke-81, manakala jaringan saguhati pelawat disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-29.

Kemenangan ini membolehkan Kedah menduduki tempat keempat dengan tujuh mata daripada empat perlawanan, manakala Kelantan terpaksa berpuas hati di tangga ketujuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "