Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Dramatik, Pelarian Terpisah Dengan Kucing Kesayangan Di Greece, Bertemu Di Norway

22 Feb 2016
No Comment

Bermula sejak November lalu, sebuah keluarga daripada Iraq telah tekad untuk meninggalkan negara tersebut selepas menerima ancaman militan Daesh.

Keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan lima anak berkenaan telah dilaporkan telah melarikan diri dari Mosul ke Lesbos, Greece.

Bersama meraka di bawa bersama seekor kucing kesayangan bernama KunKush tetapi semasa mendarat di pantai Greece, Kunkush telah gagal dikesan kerana kadaan kelam kabut semasa semua pelarian cuba turun daripada bot.

Walaupun kehilangan KunKush mereka terpaksa meneruskan perjalanan ke Berlin dan akhirnya tiba ni petempatan pelarian.

Kunkush yang terpiasah dengan keluarga tuannya itu bernasib baik kerana dia telah ditemui oleh seorang nelayan Greece dalam keadaan yang kusut masai dan terdapat kesan luka kesan diserang kucing lain.



Dia telah diselamatkan oleh nelayan berkenaan dan diberi makan. Kunkush telah diberi nama baru sebagai Dias iaitu nama dewa Zeus dalam bahasa Yunani.

Menyedari kisah itu, tiga orang sukarelawan daripada Amerika Syarikat telah menjalan satu kempen untuk menjejaki tuan asal kucing malang berkenaan melalui laman Facebook Reunite Dias.





Kempen berkenaan telah mendapat liputan luas media dan menjadi viral di laman sosial, akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila pemilik asal kucing itu dikesan berada di Norway, minggu lalu.

Segala tiket perjalanan untuk mempertemukan Kunkush dengan tuan asalnya telah dibiayai sepenuhnya oleh orang awam melalui laman peraih dana Go Fund Me.



Video pertemuan semula yang mengharukan itu mendapat respon meluas dari netizen.

Mereka menyifatkan peristiwa itu membuktikan sifat kemanusiaan dan belas ihsan masih lagi menebal dalam kalangan masyarakat antarabangsa. - Siakapkeli.my

Refugee cat’s epic journey to find family
Refugee cat’s epic journey to find familyKunkush the cat was a beloved member of a family who became refugees when they fled Iraq for the safety of Europe. Travelling through Greece, cat and family became separated, sparking an international online search in hopes of reuniting them.This is Kunkush the cat's story.
Posted by The Guardian on Friday, February 19, 2016

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "