Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perseteruan Tiga Kongsi Gelap di Pasar Borong KL

3 Feb 2016

Kuala Lumpur: Biarpun Pasar Borang Kuala Lumpur (KL) nampak seperti sibuk dan meriah dengan transaksi jual beli, namun ada cerita belakang tabir di kawasan itu sekaligus mencetuskan gelora angkara perseteruan diantara kumpulan kongsi gelap.

Laporan Harian Metro mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap Myanmar yang bekerjasama dalam 'menjaga' pasar borong tersebut berperang dengan kumpulan kongsi gelap tempatan yang cuba untuk memasuki kawasan tersebut bagi mendapatkan wang perlindungan.

Disebabkan itu, sejak Jun tahun lalu, pasar borong tersebut bergelora apabila berlaku kes bunuh, tembakan dan rusuhan.

Seorang penghuni rumah kedai di kawasan pasar borong tersebut yang mahu dikenali sebagai Hassan berkata, kumpulan kongsi gelap 36 mula mengganggu komuniti dan perniagaan mereka sjak enam bulan lalu seterusnya menyebabkan 'penjaga' mereka iaitu kumpulan Myanmar naik berang.

Hassan, yang juga warga Myanmar mengaku, selama dua tahun menetap dan berniaga di kawasan itu, komuniti dan perniagaan mereka dijaga oleh dua kongsi gelap Myanmar.

"Di sini terdapat dua geng kongsi gelap Myanmar dan saya membayar wang sebanyak RM300 kepada mereka sebagai wang perlindungan dan saya tidak kisah.

Bagaimanapun, sejak Jun tahun lalu, kongsi gelap 36 datang dan ugut minta wang perlindungan sehingga RM3,000,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Tambahnya lagi, ahli kumpulan kongsi gelap 36 sering mengganggu mereka dan sebagai amaran dan membalas dendan, kumpulan kongsi gelap Myanmar menembak mati seorang ahli kongsi gelap 36 pada Jun lalu.

"Mereka (kongsi gelap Myanmar) mempunyai senjata seperti pistol dan bom tangan.

Sebab itu kami mempercayai mereka menjaga kami," katanya.

Dalam pada itu, seorang pekerja pasar borong tersebut yang hanya mahu dikenali dengan nama Limbu berkata, kongsi gelap 36 turut terbabit dalam aktiviti penjualan dadah.

"Mereka pernah mengarahkan kami menjual dadah di kawasan pasar tetapi kami enggan," katanya yang juga warga Myanmar.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis terhadap kongsi gelap berkejaan sejak tahun lalu dan 'kepalanya' sudah pun dikenalpasti.

Tambahnya lagi, mereka kini sedang diburu.

"Beberapa suspek juga sudah ditahan termasuk 22 lelaki yang menyerang dan merompak di kawasan di premis sekitar Jalan 2/3A berhampiran pasar borong berkenaan. Polis juga masih memburu beberapa lagi suspek warga tempatan dan warga Myanmar yang dipercayai terbabit dengan kongsi gelap berkenaan," katanya.

Menurutnya, antara suspek yang dikenal pasti adalah dua warga Myanmar iaitu Rashid dan Shoufiullah Mohd Tahir yang kini dalam buruan polis.


"Dua suspek ini dipercayai ahli kongsi gelap Myanmar yang terbabit dengan kes bunuh pekerja pasar borong warga tempatan.

"Hasil siasatan yang dilakukan, polis percaya bahawa suspek bertindak sedemikian untuk membalas dendam selepas dua daripada warga Myanmar yang menghuni kawasan pasar borong berkenaan ditembak oleh kongsi gelap 36," katanya.

Tambah beliau lagi, siasatan yang terperinci masih lagi dilakukan dan pihak polis mengawal ketat kawasan itu.

"Bukan saja polis, sepasukan anggota tentera ditempatkan di sekitar kawasan pasar borong berkenaan bagi memastikan keselamatan terjamin,” katanya.

Menurutnya juga, perseteruan antara kongsi itu dapat diselesaikan jika beberapa 'kepala' berjaya ditangkap.

"Orang awam tidak perlu risau kerana pasar borong itu selamat dan polis sudah menahan beberapa suspek yang juga ahli kongsi gelap yang membuat kacau sebelum ini," katanya.

Laporan Harian Metro juga turut berkata hasil tinjauan mereka mendapati lebih 100 anggota polis dan tentera mengawal ketat kawasan terbabit.


KRONOLOGI GELORA DI PASAR BORONG KL

Jun 2015
Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun ditembak oleh ahli kongsi gelap Myanmar

14 Januari 2015
Dua warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun terkena tembakan rambang oleh ahli kongsi gelap 36.

15 Januari 2016
Seorang lelaki pekerja pasar borong warga tempatan maut ditikam sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Myanmar di belakang Pasar Borong KL.

25 Januari 2016
Lebih 50 lelaki warga tempatan menyerang dan merompak 10 kedai di Jalan 2/3A berhampiran Pasar Borong KL

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "