Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar 14 Tahun Rogol Dan Bunuh Guru Dalam Tandas Sekolah

29 Feb 2016
No Comment


MASSACHUSETTS, AMERIKA SYARIKAT: Seroang pelajar berusia 14 tahun bertindak kejam apabila sanggup merogol dan membunuh gurunya sendiri di dalam tandas sekolah di sini.

Memetik laporan portal berita Dailymail.co.uk, remaja berkenaan, Philip Chism dikatakan telah mengekori gurunya itu, Colleen Ritzer, 24, ke dalam tandas sekolah sebelum menyerang wanita terbabit.

Suspek dipercayai telah menikam tubuh Ritzer sebanyak 16 kali sebelum merogol dan mencekik guru matematiknya sehingga mati.

Chism kemudiannya telah membawa keluar mayat gurunya menggunakan tong sampah dari sekolah dan membakar mangsa dan menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli tiket wayang pada sebelah petang.

Chism yang melakukan jenayah itu ketika berumur 14 tahun, sudahpun berusia 17 tahun apabila dia didakwa di mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara atas tuduhan membunuh dan tambahan 40 tahun penjara lagi atas tuduhan merogol dan rompakan bersenjata. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "