Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Arab Saudi Kata RM2.6B Itu Bukan Sumbangan

6 Feb 2016
No Comment

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi.

Beliau sebaliknya dilaporakn memberitahu wang berkenaan adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.

Perkara ini telah didedahkan semalam oleh The New York Times dimana Al Jubeir berkata beliau percaya ia (dari) warganegara persendirian Saudi, dan dana itu pergi kepada satu pelaburan di Malaysia.

Bagaimanapun, Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau menerima pendapat Peguam Negara Malaysia bahawa tidak ada salah laku yang dilakukan.

Laporan berkenaan juga memetik terdapat dua sember berasingan yang tidak dinyatakan dimana mereka mengesahkan bahawa wang itu bukan sumbangan.

Mereka mendakwa wang ebrkenaan sebenarnya sebahagian daripada satu "urusan perniagaan".

Berdasarkan laporan berkenaan juga, seorang ahli keluarga diraja dan seorang sekutu keluarga itu yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan berkata wang itu datang dari seorang putera Saudi dan mengesahkan bahawa ia bukan sumbangan.

Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Bulan lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan “tanpa mengharapkan balasan” dan menutup kes itu.

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara lapor The Malaysian Insider.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "