Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bangladesh 'Bermandi Darah' Dibelasah Orang Awam

19 Feb 2016

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warganegara Bangladesh bermandi darah akibat dibelasah oleh orang awam yang berang dengan tindakan lelaki terbait merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di tandas pusat siber di pusat siber di Taman Sri Rampai dalam kejadian yang berlaku semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, mangsa difahamkan menemai ayahnya ke pusat siber itu sebelum ditarik oleh suspek, 30, ke dalam tandas.

Sumber Harian Metro melaporkan, anak bongsu daripada tiga beradik itu diraba di bahagian kemaluan sebelum dirogol oleh suspek.

Tambahnya lagi, mangsa dipaksa diam sebelum kehilangannya disedari bapanya.

"Bapa mangsa yang menyedari anak tiada terus ke tandas dan mengetuk pintu sebelum mendapati lelaki Bangladesh itu merogol anak perempuannya.

"Berang dengan kejadian itu, bapa mangsa dan orang awam membelasahnya sebelum menghubungi polis," katanya.

Sepasukan anggota polis dari Balai Wangsa Maju kemudian ke lokasi kejadian dan menahan lelaki terbabit.

Remaja kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya sebagaimana lapor portal Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "