Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes-Kes Jenayah Yang Melibatkan Dua Pembunuh Upahan Yang Ditembak Polis

21 Feb 2016


SIBU - Baru-baru ini, dua pembunuh upahan tumpas dalam satu kejadian berbalas antara pembunuh upahan tersebutdan dua pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.

Laporan Bernama melaporkan, kedua-dua pembunuh upahan tersebut telah melakukan enam pembunuh dan satu cubaan bunuh sejak 2012.

Polis berkata, kes-kes yang dilakukanoleh Joshua Beti Chong, 44, dari Sri Aman dan rakannya Awie Ningan, 36, dari Saratok adalah seperti berikut :



  • 11 Jan 2012 - Seorang lelaki ditembak mati oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki kereta Proton Saga di Jalan Brooke Drive, Sibu pada 11.15 pagi.



  • 12 Julai 2012 - Seorang lelaki mati dan seorang lagi cedera selepas ditembak oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menunggang motosikal di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Lapangan Terbang Kuching pada 11 pagi.



  • 3 Nov 2012 - Seorang wanita ditembak mati oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki kereta Proton Saga patah di hadapan sebuah kafe di Jalan Pahlawan, Sibu pada 12 tengah hari.



  • 3 Ogos 2013 - Seorang lelaki ditembak mati oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah kedai kopi di Penampang, Sabah kira-kira pukul 10 malam.



  • 18 Sep 2014 - Seorang lelaki cedera ditembak oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki kereta Proton Wira di hadapan sebuah kafe di Jalan Pahlawan, Sibu pada kira-kira 12 tengah hari.



  • 3 Julai 2015 - Seorang lelaki ditembak mati oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki Perodua Myvi di sebuah restoran di Bintulu pada kira-kira 9.40 malam.



  • 9 Jan 2016 - Seorang lelaki mati dan teman wanitanya cedera selepas ditembak oleh suspek bersenjatakan senapang patah yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara di hadapan sebuah restoran di Jalan Long Bridge, Sibu pada 11.25 malam. - Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "