Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harimau Mati Dilanggar : Pemandu MPV Beri Penjelasan

7 Feb 2016

Kuala Lumpur 7 Feb - Berikutan insiden seekor harimau belang dirempuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) baru-baru ini, pemilik MPV yang terlibat dalam kejadian itu tampil memberi penjelasan.

Sebelum ini, insiden itu mendapat perhatian dari netizen dan pelbagai pandangan diberi, termasuk adala yang membuat tuduhan melulu kepada pemilik MPV berkenaan.

Menurut pemandu MPV tersebut, yang juga seorang jurufoto bebas, Syahrin Abdul Aziz, kejadian itu tidak dapat dielakkan memandangkan haiwan tersebut tiba-tiba sahaja berlari menyeberang lebuh raya tersebut betul-betul dihadapan keretanya.

Dalam kejadian pagi semalam itu, harimau belang tersebut mati setelah dirempuh oleh Hyndai Starex di kilomter 321.2 LPT2.

Insiden yang berlaku kira-kira 1 pagi itu dipercayai berlaku ketika harimau terbabit cuba melintas lebuh raya tersebut sebelum dilanggar oleh PMV itu yang sedang dipandu dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Polis telah mengesahkan empat mangsa termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bangkai harimau tersebut yang juga sedang bunting akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "